4 Februari 2026 (Rabu) | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan kunjungan hormat ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga, Aras 15 Menara PNM, sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi.
Delegasi PPAT yang diketuai oleh YB Ustaz Ridzuan bin Hashim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu merangkap Pengerusi PPAT, bersama YBrs. Puan Nuzulnisa bt. Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT serta Pengurusan Tertinggi PPAT, telah disambut oleh YBrs. Puan Anisatul-Wahidah binti Abdul Wahid, Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
Kunjungan ini merangkumi sesi perbincangan dua hala yang memfokuskan aspek pemeliharaan manuskrip Melayu sebagai khazanah warisan negara, pendigitalan koleksi perpustakaan, inovasi perkhidmatan serta penerokaan potensi kerjasama strategik antara PNM dan PPAT. Delegasi PPAT turut berpeluang meninjau beberapa kemudahan utama PNM termasuk Ruang Imbas Bahagian Koleksi Digital di Aras 12, Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu di Aras 11 dan Ruang Imersif di Anjung Bestari, Aras 1.
Kunjungan ini diyakini dapat memperkukuh hubungan dua hala serta menyokong usaha memperkasa perkhidmatan perpustakaan dan pemeliharaan warisan ilmu negara.











Unit Media & UPPK

