Majlis Solat Hajat Awal Muharram 1448H

18 Jun 2026 (Khamis) – Warga Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan Majlis Solat Hajat sempena kedatangan Tahun Baharu Hijrah 1448H sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan, petunjuk dan kelancaran dalam melaksanakan amanah serta perancangan organisasi sepanjang tahun.
Majlis tersebut turut mendoakan agar segala urusan PPAT dipermudahkan, khususnya dalam menjayakan Bazar Buku, Budaya dan Karnival Semarak Jawi 2026 @PPAT (3BKSJ2026@PPAT) yang akan berlangsung pada 25 Julai hingga 1 Ogos 2026. Doa juga dipanjatkan agar hubungan kerjasama strategik antara PPAT dan pelbagai jabatan serta agensi terus diperkukuhkan demi manfaat masyarakat. Turut mengambil kesempatan mendoakan kesembuhan buat kakitangan PPAT yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, khususnya Encik Muhammad Alim bin Azmi, agar diberikan kesembuhan, kekuatan serta ketabahan dalam menjalani rawatan.
Selain menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan sepanjang tahun 1447H, warga PPAT turut memohon agar tahun 1448H membawa lebih banyak keberkatan, kesejahteraan, peningkatan prestasi organisasi serta pengukuhan nilai keimanan dalam kalangan seluruh warga kerja. Majlis turut mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan buat kakitangan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Dalam ucapan ringkasnya, Pengarah PPAT, YBrs. Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, berkongsi peringatan dari Pengerusi PPAT agar seluruh warga sentiasa meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan dalam setiap tindakan serta menjadikan integriti sebagai asas dan benteng dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Sumber berita dan gambar: BAKK PPAT dan Unit Media PPAT
 
solathajat1448H1
solathajat1448H1
solathajat1448H1
solathajat1448H1
solathajat1448H1
solathajat1448H1
solathajat1448H1
solathajat1448H1
Last modified on Ahad, 28 Jun 2026 12:50
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO