Mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

16 Jun 2026 | Dalam usaha memperkasa tadbir urus serta memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan Mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Kali Ke-96 bertempat di Bilik Mesyuarat, PPAT.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB. Ustaz Ridzuan b. Hashim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah merangkap Pengerusi PPAT dan dihadiri oleh Ahli-Ahli Perbadanan serta pengurusan tertinggi PPAT. Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi membincangkan hala tuju strategik organisasi, pencapaian semasa serta perancangan program dan inisiatif yang akan dilaksanakan bagi memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu, pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan masyarakat.
Pelbagai agenda telah dibincangkan termasuk laporan prestasi jabatan, status pelaksanaan projek dan program, pengurusan kewangan serta cadangan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan di seluruh negeri. Perbincangan yang berlangsung turut memberi penekanan kepada aspek keberkesanan tadbir urus, transformasi digital serta usaha memperluaskan akses masyarakat terhadap sumber dan perkhidmatan perpustakaan.
PPAT komited untuk terus memperkasakan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi kerajaan negeri dalam melahirkan masyarakat berilmu, berpengetahuan serta celik maklumat demi kemajuan Negeri Terengganu.
Berita & Gambar - BPP & Unit Media, PPAT
 
mesy ppat0
mesy ppat0
mesy ppat0
mesy ppat0
mesy ppat0
mesy ppat0
 
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO