Kursus Asas Perolehan Kerajaan dan Penilaian Sebut Harga

8 Jun 2026 (Isnin – Selasa) | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah berjaya melaksanakan Kursus Asas Perolehan Kerajaan dan Penilaian bagi Sebut Harga/Tender di Dewan Ilmuwan, PPAT. Program pembangunan kompetensi ini telah melibatkan seramai 41 orang pegawai dan kakitangan PPAT yang terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan, selaras dengan usaha memperkukuh kecekapan tadbir urus organisasi.
Sepanjang dua hari pelaksanaan kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek penting dalam tatacara perolehan kerajaan, termasuk kefahaman berkaitan prosedur perolehan, penyediaan Bill of Quantities (BQ) sehinggalah kepada penyediaan Laporan Penilaian Sebut Harga. Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan, Puan Rohanida binti Mohd Nor, Juruukur Bahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan.
Pengisian kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan secara teori, malah turut memberi penekanan kepada aplikasi praktikal dalam pengurusan perolehan kerajaan yang lebih teratur, telus dan berintegriti. Pendekatan latihan berasaskan latihan kumpulan turut membantu meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam membuat penilaian dan penyediaan dokumentasi perolehan dengan lebih sistematik.
Secara keseluruhannya, kursus selama dua hari ini telah mencapai objektif penganjuran dalam memperkukuh pengetahuan dan kompetensi warga kerja PPAT dalam aspek perolehan kerajaan selaras dengan amalan tadbir urus yang baik.
Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nuzulnisa binti Kamarudin @ Barudin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), yang turut menyampaikan amanat serta harapan agar ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan secara berkesan dalam pelaksanaan tugas seharian.
 
kursustender1
kursustender1
kursustender1
kursustender1
kursustender1
kursustender1
kursustender1
kursustender1
 
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO