KUALA TERENGGANU, 12 Julai 2026 - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik bagi menjayakan Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 yang akan berlangsung pada 25 Julai hingga 1 Ogos 2026 di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).
Delegasi telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, dan turut disertai oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Encik Mohd Azmi bin Aziz, Pengarah Perkhidmatan Korporat PNM serta Puan Nuzulnisa binti Barudin@Kamarudin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Perbincangan memberi tumpuan kepada persiapan penganjuran program, penyelarasan kerjasama antara agensi serta usaha memperluas pembudayaan ilmu, memperkasa budaya membaca dan menyemarakkan warisan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat.
Semoga jalinan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu ini menjadi pemangkin kepada kejayaan penganjuran Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026, sekali gus memperkukuh agenda pembudayaan ilmu, warisan dan perpaduan negara.
Kredit Gambar : Korporat SUK
Kredit Gambar : Korporat SUK





