Street Soccer 3 On 3 2026 Disambut Meriah

KUALA TERENGGANU, 11 Julai 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menganjurkan Pertandingan Street Soccer 3 on 3 sebagai langkah awal promosi sempena Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 yang akan berlangsung pada 25 Julai hingga 1 Ogos 2026. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 11 Julai 2026 di perkarangan PPAT.
Pertandingan yang mendapat sambutan menggalakkan itu telah menghimpunkan 26 pasukan, melibatkan 21 pasukan bagi kategori terbuka dan 5 pasukan bagi kategori perpustakaan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). Sebagai simbolik pembukaan pertandingan, beliau telah melakukan sepakan penalti yang menandakan bermulanya pertandingan.
 
Penganjuran pertandingan ini merupakan antara inisiatif awal PPAT dalam mempromosikan Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 kepada masyarakat serta mengajak orang ramai hadir memeriahkan program yang akan berlangsung dari 25 Julai hingga 1 Ogos 2026 dengan pelbagai pengisian menarik
 
	  </div>
	  
		<div class=
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO