Kunjungan Hormat Murni Kepada YB. Dr. Muhammad Khalil Bin Abdul Hadi

kunjung ybkhalil 1
 
28 Julai 2026, Selasa | Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Puan Nuzulnisa bt. Barudin @ Kamarudin bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat murni kepada YB Dr. Muhammad Khalil b. Abdul Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu bagi membincangkan perkembangan program, inisiatif pemerkasaan literasi masyarakat serta usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam memartabatkan budaya ilmu dan tulisan Jawi di Negeri Terengganu.
 
Dalam sesi tersebut, Pengarah PPAT turut memaklumkan mengenai penganjuran Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 yang sedang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu bermula 25 Julai hingga 1 Ogos 2026. Karnival ini menghimpunkan pelbagai pengisian menarik seperti jualan buku pelbagai genre, pameran agensi, pertandingan, bengkel literasi maklumat, aktiviti Semarak Jawi, persembahan kebudayaan, reruai usahawan, gerai makanan dan kraftangan serta pelbagai aktiviti santai yang sesuai untuk seisi keluarga.
 
PPAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dr. Muhammad Khalil b. Abdul Hadi atas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuhkan demi memperkasakan budaya membaca, menyemarakkan warisan Jawi serta menjadikan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran dan pembangunan komuniti.
 
kunjung ybkhalil 1
kunjung ybkhalil 1
kunjung ybkhalil 1
Last modified on Ahad, 23 Ogos 2026 11:58
  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO