Berita & Peristiwa

Anda hendaklah memahami dan bersetuju bahawa Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu tidak terlepas melakukan kesilapan dalam portal ini. Penggunaan anda ke atas Perkhidmatan adalah sepenuhnya di bawah tanggungan dan risiko anda sendiri. Perkhidmatan disediakan asasnya secara "SEKADAR YANG ADA" ("AS IS") dan "SEKADAR YANG DAPAT" ("AS AVAILABLE").  Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu sepenuh-penuhnya dan sejelas-jelasnya menafikan semua jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada yang dinyatakan atau dilaksanakan.  Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu tidak memberi jaminan bahawa;

(i) Portal atau Laman  Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu tidak terganggu dan bebas daripada kesalahan.
(ii) Kesahihan dan ketepatan isi kandungan, maklumat, perkidmatan atau lain-lain material yang disediakan.
(iii) Portal  atau Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, perkhidmatan atau E-mel yang dihantar daripadanya atau yang mewakilinya bebas daripada virus dan komponen yang merosakkan.

Anda juga dingatkan bahawa  Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu tidak terlepas daripada tersilap disebabkan kelemahan portal, oleh itu anda dingatkan sebarang material yang dipindah terima atau diperolehi dengan lain-lain cara menerusi penggunaan perkhidmatan yang disediakan adalah dilakukan dengan kehendak diri anda sendiri sepenuhnya dan bahawa anda hendaklah sepenuhnya bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan terhadap sistem komputer, kehilangan data akibat daripada pindah terima sebarang material berkenaan sama ada disebabkan oleh bencana alam, kegagalan komunikasi, pencurian, dan ketidakupayaan untuk mencapai rekod, aturcara komputer atau perkhidmatan oleh  Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

Hak cipta laman web portal dan segala maklumat, teks, imej, grafik, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan PPAT. Tiada mana-mana bahagian laman web ini yang boleh diubah, disalin, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa jua bentuk tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Bolehkah saya menggunakan MyKad sebagai kad ahli perpustakaan?

Pengguna boleh menggunakan MyKad untuk tujuan pendaftaran ahli. Namun begitu pengguna MyKid disarankan menggunakan Kad ILMU yang disediakan oleh pihak PPAT dengan bayaran proses sebanyak RM2.00.

Bolehkah saya membuat pendaftaran keahlian Secara Atas Talian (Online)?

Boleh, tetapi anda hendaklah datang ke kaunter untuk mengaktifkan pendaftaran anda.

Saya telah meminjam buku di salah satu cawangan Perpustakaan Awam Terengganu. Bolehkah saya memulangkannya di lain-lain cawangan?

Ya. Buku boleh dihantar di mana-mana cawangan Perpustakaan Awam Terengganu yang menggunakan Sistem Perpustakaan (Virtua).

Apakah tindakan yang dikenakan jika buku yang dipinjam berlaku kerosakan atau kehilangan?

Pengguna perlu membayar sekali ganda kos asal buku tersebut.

Bagaimanakah caranya untuk lebih mudah dalam membuat pencarian buku?

Caranya dengan menggunakan Katalog Atas Talian (Online Public Access Catalogue - OPAC) di url http://www.trglib.gov.my:2525

Apakah syarat-syarat pinjaman buku boleh dibuat?

Syarat utama pinjaman ialah perlu menjadi ahli perpustakaann.

Adakah kad keahlian saya boleh digunakan oleh orang lain?

Boleh tetapi pemilik kad perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku risiko kehilangan atau kelewatan pemulangan buku.

Berapa lama masa yang diambil untuk mendaftar?

Masa yang diambil untuk mendaftar adalah 3 minit dengan syarat borang telah lengkap diisi dan disertakan dengan Mykad/Mykid/Sijil Kelahiran.

Bolehkah saya membuat tempahan buku?

Boleh. Pengguna boleh membuat tempahan buku melalui Katalog Atas Talian di url http://www.trglib.gov.my:2525 atau melalui pautan OPAC di laman web PPAT, www.trglib.gov.my dengan syarat buku tersebut sedang dipinjam oleh pengguna lain.

Adakah pengguna boleh mencadangkan tajuk bahan yang perlu terdapat dalam koleksi perpustakaan?

Boleh, pengguna boleh mengisi borang yang terdapat di kaunter pendaftaran atau dengan menghantar email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Apakah kategori buku yang boleh dipinjam?

Buku yang boleh dipinjam adalah buku-buku fiksyen dan buku bukan fiksyen dengan koleksi awalan ‘D’ yang terdapat di aras satu dan koleksi awalan ‘K’ yang terdapat di aras bawah.

Sekiranya buku telah menghampiri tamat tempoh, adakah pengguna boleh memperbaharui pinjaman?

Boleh, pengguna boleh memperbaharui pinjaman sebanyak 1 kali dan diberi tempoh pinjaman selama 14 hari lagi.

Sekiranya lewat menghantar buku, berapakah denda yang perlu dibayar?

Kadar denda yang perlu dibayar adalah 20 sen satu hari untuk setiap naskhah buku.

Berapa lama tempoh pinjaman?

Tempoh pinjaman adalah selama 14 hari.

Berapa naskhah buku yang boleh dipinjam bagi seorang ahli?

Ahli boleh meminjam sebanyak 4 naskhah buku pada satu masa.

Sekiranya kad hilang, apakah yang perlu dilakukan?

Sekiranya kad hilang, pengguna perlu melaporkan kepada PPAT dan mengisi Borang Kad Hilang. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 3.00 bagi penggantian Kad Ilmu baharu atau pengguna boleh menukar ke pendaftaran melalui MyKad secara percuma.

Berapakah bayaran bagi pertukaran kategori keahlian daripada kanak-kanak ke dewasa?

PPAT tidak mengenakan sebarang bayaran bagi pertukaran kategori keahlian. Namun begitu bayaran akan dikenakan sebanyak RM 2.00 bagi penukaran Kad Ilmu dari kategori kanak-kanak ke dewasa.

Berapa tahap umur untuk menjadi ahli perpustakaan?

Untuk kategori kanak-kanak, tahap umurnya adalah 3-12 tahun manakala untuk kategori dewasa tahap umurnya adalah 13 tahun dan ke atas.

Apakah yang diperlukan untuk mendaftar sebagai ahli?

Pengguna perlu mengisi borang pendaftaran ahli serta mengemukakan Mykad bagi ahli dewasa dan Mykid atau Sijil Kelahiran bagi ahli kanak-kanak. Bayaran untuk memproses kad ahli baru adalah sebanyak RM 2.00.

Bagaimanakah cara untuk melanggan e-book GVRL?

Pengguna perlu melayari alamat URL http://go.galegroup.com/ps/start.do?p=GVRL&u=mytrglib kemudian masukkan kata laluan : discovery.
Pengguna bolehlah memilih e-book untuk dilanggan mengikut kategori yang telah disediakan.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO