
'Sekolah Kita', Pusat Rawatan Harian Pediatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah mengadakan aktiviti Persembahan Boneka, Kraftangan, Bercerita serta memperkenalkan bahan-bahan bacaan kepada pesakit pada 14 Mei 2013 . Ia meliputi pesakit-pesakit dalam kategori Pra Sekolah dan Sekolah Menengah Rendah antara Objektifnya ialah merupakan kesinambungan pembelajaran untuk pelajar-pelajar yang menerima rawatan di Wad tersebut terutama pesakit yang berada terlalu lama di Wad dan ‘daycare’ (pesakit kronik seperti Thalasemia). Antara lainnya ialah memberi peluang kepada pesakit yang menerima rawatan untuk turut serta menyertai aktiviti yang diadakan. Seramai lima belas orang pesakit telah menyertainya tersebut dalam masa dua jam. Aktiviti ini diadakan pada setiap bulanan mulai bulan Mei 2013.

