Perpustakaan Desa Kg. Seberang Tayur Hulu telah menjayakan satu program ‘ Cakna Perpustakaan” iaitu kunjungan menabur bakti, muafakat gotong royong masyarakat terhadap Perpustakaan Desa pada 27 Jan 2013. Pelbagai aktiviti gotong-royong seperti membersih, memunggah buku-buku yang rosak dan memasang rak-rak buku yang berlumpur disebabkan banjir yang melanda PD tersebut pada 25 Disember 2012. Pelbagai aktiviti Perpustakaan turut diadakan semasa gotong royong berjalan diantaranya Pertandingan Mewarna kanak-kanak Tadika KEMAS seramai 30 orang, Cabutan bertuah dan Kuiz spontan sempena sambutan Maulidiur Rasul 1434H/ 2013M. Perpustakaan Desa Kg. Seberang Tayur telah menerima sumbangan sebuah Komputer meja dan buku terbitan DBP serta penyerahan pakaian kepada Pengerusi JKKK Kampung Seberang Tayur Hulu yang telah disampaikan Presiden Majlis Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Salwati binti Abdullah semasa majlis penutup tersebut.