Berita & Peristiwa

web Fikri  cakna-perpustakaan-pd-fikri-baru (2)

Perpustakaan Desa Kampung  Fikri  telah menjayakan   satu program  "Cakna Perpustakaan”  pada 27 Jan 2013. Sambutan mengalakkan dari  komuniti Setempat , Persatuan Belia  dan Agensi  yang  telah menunjukkan rasa prihatin dan telah mengambil inisiatif untuk membantu dengan mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersih serta menyimpan segala bahan-bahan perpustakaan yang rosak akibat banjir pada 26 Dis.2012.  Aktivis sukarelawan ini adalah dari Majlis Belia Negeri Sembilan,seramai 70 orang ini, telah memeriahkan program dengan  pameran 13 buah kereta Volkswagen pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti Perpustakaan diadakan  semasa gotong royong berjalan diantaranya  Pertandingan Mewarna kanak-kanak Tadika KEMAS (seramai 50 orang)  dan PERPADUAN ( seramai 15 orang), Pertandingan meneka muka surat buku, Peminjam  Buku Terbanyak kategori  kanak-kanak dan dewasa dan Kuiz Spontan Sempena Sambutan  Maulidiur Rasul 1434H/ 2013M. Perpustakaan Desa Kampung Fikri telah menerima sumbangan buku terbitan DBP dan sebuah Komputer meja yang telah  disampaikan  oleh Puan Asfalindar bt Anuar selaku Pegawai Khas Kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO