
Pada 30 November 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Teater Perpustakaan Awam Terengganu telah diadakan satu majlis penyampaian komputer Netbook 1 Malaysia kepada semua Perpustakaan Daerah, Pekan dan Desa Negeri serta PNM. Penyampaian majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Jailani b. Johari, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

