
Puan Norrinal binti Othman, Penolong Pengurus Pusat Bahasa Terengganu telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pekerja Terbaik dan Senyum Sokmo bagi suku tahun ke-3 tahun 2012. Majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada 4 Oktober 2012. Pada majlis tersebut juga diadakan penyampaian sumbangan daripada Kelab PERPAT kepada kakitangan PPAT sempena kecemerlangan anak-anak mereka dalam akademik. Hadiah kemenangan dan sumbangan telah disampaikan oleh Puan Pengarah.

