Bengkel Kraftangan
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Perpustakaan Desa Perumahan Tok Randok telah mengadakan Bengkel Kraftangan bersama masyarakat di Kampung Tok Randok pada 18 Disember 2013 yang lalu. Program ini telah melibatkan 20 orang peserta. Tenaga pengajar bagi program ini adalah Puan Norosnita binti Abdullah. Program ini turut disertakan penyampaian hadiah bagi peserta yang meminjam buku sebanyak 1000 naskah sepanjang tahun 2013 kepada Puan Nurul Suhada binti Yusoff.