SESI PENCALONAN JAWATANKUASA PERPAT SESI 2021-2023 AKAN DIADAKAN PADA 19 - 20 DISEMBER 2021
TARIKH BUKA PENCALONAN : 19 DISEMBER 2021 JAM 9.00 PAGI
TARIKH TUTUP PENCALONAN : 20 DISEMBER 2021 JAM 12 MALAM
PENCALONAN INI DIADAKAN BAGI MENYENARAI PENDEK CALON UNTUK UNDIAN SEBENAR PADA 27 DISEMBER 2021 MENERUSI SIDANG MESYUARAT AGUNG PERPAT SECARA ATAS TALIAN.
SEKIAN HARAP MAKLUM
IPerbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) ada menyediakan perkhidmatan terbaharu kepada pengguna iaitu Zon Interaktif yang terletak di aras 1.
Zon Interaktif ini memuatkan peralatan 'e-games' dengan memberi fokus kepada konsep 'E-Sport', 'Educational Game' dan 'Virtual Reality' . Antara peralatan permainan yang disediakan ialah PS4, PS4 + Virtual Reality (VR), X-BOX dan Gran Turismo. Zon interaktif ini dibuka kepada pengguna yang berumur 10 tahun ke atas. Namun begitu bagi kanak-kanak yang berumur bawah 10 tahun perlu bersama ibu bapa atau penjaga untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Ianya telah dirasmikan oleh YB Ustaz Ridzuan b. Hashim, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu pada 9 September 2020 dan mula beroperasi pada 1 Oktober 2020.






