Berita & Peristiwa

IPerbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) ada menyediakan perkhidmatan terbaharu kepada pengguna iaitu Zon Interaktif yang terletak di aras 1.

 

Zon Interaktif ini memuatkan peralatan 'e-games' dengan memberi fokus kepada konsep 'E-Sport', 'Educational Game' dan 'Virtual Reality' . Antara peralatan permainan yang disediakan ialah PS4, PS4 + Virtual Reality (VR), X-BOX dan Gran Turismo. Zon interaktif ini dibuka kepada pengguna yang berumur 10 tahun ke atas. Namun begitu bagi kanak-kanak yang berumur bawah 10 tahun perlu bersama ibu bapa atau penjaga untuk menggunakan perkhidmatan ini.

 

Ianya telah dirasmikan oleh YB Ustaz Ridzuan b. Hashim, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu pada 9 September 2020 dan mula beroperasi pada 1 Oktober 2020.

zonX2

zonX3

zonX4

zonX1

galeri trg1

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Galeri Penulis Terengganu bagi memastikan para penulis tempatan Negeri Terengganu tidak dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan negeri. Galeri Penulis Terengganu ini terletak di ruangan anjung santai tingkat bawah bangunan Perpustakaan Awam Negeri Terenggganu dan ianya telah dibuka dibuka secara rasmi pada 4 November 2020.

 

Tujuan Galeri Penulis Terengganu ini diwujudkan adalah untuk menempatkan dan mengumpul hasil karya penulis tempatan yang merangkumi pelbagai bidang. Seramai hampir 100 orang penulis anak Terengganu telah berjaya dikumpul karya-karya mereka. Antara hasil karya penulis Terengganu yang ditempatkan di galeri ini ialah Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Tuan Sharif Putera, Indah Hairani, Ghazali Ngah Azia, Hilmi Rindu dan lain-lain penulis tempatan yang terkenal.

 

Galeri Penulis Terengganu ini merupakan platform yang terbaik dan dapat memberi nilai tambah kepada penulis-penulis Negeri Terengganu dan seterusnya dapat mengangkat pemikiran masyarakat ke tahap yang lebih baik melalui pembudayaan amalan membaca serta mencintai ilmu

 

galeri trg3

galeri trg2

Koleksi Terengganu merupakan apa jua penulisan berkaitan dengan Negeri Terengganu, ditulis oleh Penulis Terengganu, diterbitkan dalam Negeri Terengganu atau sebarang penerbitan berkaitan dengan Negeri Terengganu.

 

 

Antara sumber perpustakaan yang ditempatkan di koleksi Terengganu adalah buku, majalah, tesis, keratan akhabar, Warta, risalah dan sebagainya.

 

 

 

 

bookdrop

Bookdrop merupakan perkhidmatan pemulangan buku secara kiosk layan diri. Kiosk bookdrop ini ditempatkan bersebelahan dengan pintu masuk utama ke bangunan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

Terdapat dua unit mesin bookdrop yang terdapat di kiosk tersebut iaitu mesin Bookdrop LMS PPAT dan Bookdrop U-Pustaka.

 

 

bookdrop1

 

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla