Panduan Pengunaan Katalog Atas Talian (OPAC)
Menerusi Perkhidmatan ini, tuan/puan boleh:
Membuat pencarian bahan melalui katalog atas talian dengan menggunakan 4 kaedah pencarian ; yang mudah seperti:
- Pencarian (Browse Search)
- Katakunci (Keyword Search)
- KataKunci Kepala (Heading Keyword Search)
- Carian Pantas (Quick Search).
Pencarian / Pengesanan bahan di dalam koleksi perpustakaan melalui punca akses berikut:
- Pengarang (Author)
- Judul (Title)
- Subjek (Subject)
Menggunakan Akses Pengguna (Patron Access) untuk:
- Menyemak maklumat akaun (pinjaman/pemulangan/denda) Tuan / Puan.
- Membuat tempahan bahan (request) yang telah dipinjamkan kepada pengguna lain sebanyak 2 naskhah. Tempahan yang berjaya diberi tempoh 3 hari untuk datang mengambilnya di perpustakaan. Status tempahan bahan akan dimaklumkan di dalam maklumat akaun Tuan/Puan.
- Membuat pembaharuan pinjaman sekiranya bahan tersebut belum ditempah oleh pengguna lain.
Langkah Penggunaan Akses Pengguna (Patron Access):
- Masukkan Patron ID (ID Pengguna) Tuan/Puan di dalam petak yang disediakan.
- Masukkan kata laluan (password) yang disediakan oleh PANT iaitu ppat123.
- Menukar katalaluan tersebut kepada katalaluan baru dengan klik pada “Semak Maklumat Pengguna”.
Contoh penggunaan Akses Pengguna:
ID Pengguna (Patron ID) : 2001234567 atau No Kad Pengenalan ( tanpa - )
Kata Laluan (Password) : ppat123 (yang disediakan oleh PANT)
Sila Klik pada Butang di bawah untuk meneruskan