Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu dengan Kerjasama Perpustakaan Desa Kampung Nasi Dingin dan Jawatankuasa Kelas Meningkat Mutu Tilawah Daerah telah mengadakan Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Daerah pada 20 Disember 2012. Program ini adalah untuk memberi galakan dan mencungkil bakat generasi muda terutama dalam bidang Quran berupa Tilawah, Hafazan dan Azan. Peserta kursus terdiri daripada penduduk kampung sekitar Daerah Hulu Terengganu. Peserta yang berjaya akan mara ke peringkat Negeri manakala hadiah saguhati penyertaan peserta telah dilakukan oleh Y.M.Syed Nazmi bin Tuan Taufiq selaku Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu.