
Sambutan Bulan Membaca SMK Sura, Dungun telah diadakan pada 8-16 Julai 2012 bertempat di SMK Sura, Dungun. Sempena program tersebut, pihak Perpustakaan Awam Daerah (PAD) Dungun telah mengadakan pameran dan juga pendaftaran keahlian perpustakaan pada 10 & 11 Julai 2012. Selain itu beberapa aktiviti sampingan turut diadakan antaranya, pertandingan Dam Ular Gergasi, Teka Muka Surat Buku dan juga "Jigsaw Puzzle'.

