Pinjaman Kanak-kanak
Perkhidmatan Pinjaman Kanak Kanak
Perkhidmatan ini dikhaskan untuk pengguna kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Terdapat 2 koleksi pinjaman kanak-kanak iaitu :
- Koleksi Pra Sekolah
Terdiri daripada buku untuk bacaan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Koleksi awalan bagi buku-buku ini adalah ‘P’ dan boleh dipinjam.
- Koleksi kanak-kanak
Terdiri daripada buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen dalam pelbagai bidang. Koleksi awalan bagi buku-buku ini adalah ‘K’ dan boleh dipinjam.
Peraturan Pinjaman:
- Kanak-kanak perlu mendaftar sebagai ahli dan mempunyai kad ILMU.
- Pastikan buku yang hendak dipinjam dalam keadaan baik.
- Buku yang dipinjam hendaklah melalui proses pinjaman yang sah di kaunter Sirkulasi atau melalui Sistem Pinjaman /Pemulangan layan diri (SelfCheck Machine).
- Setiap ahli boleh meminjam sebanyak 6 naskhah buku untuk tempoh 14 hari.
- Tempoh pinjaman boleh diperbaharui satu kali sahaja selama 14 hari lagi.
- Setiap ahli perlu bertanggungjawab ke atas buku yang dipinjam
- Buku-buku yang telah dipinjam hendaklah di pulangkan ke Kaunter Sirkulasi atau melalui Sistem Pinjaman / Pemulangan layan diri (SelfCheck Machine) pada atau sebelum tarikh yang telah ditetapkan
- Buku-buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sejumlah RM0.20 sehari bagi setiap hari perpustakaan dibuka.
- Buku-buku pinjaman yang hilang atau rosak akan dikenakan bayaran 1 kali ganda daripada kos asal buku atau gantian buku yang sama.
Rujukan Kanak-kanak
Perkhidmatan Rujukan Kanak- Kanak
- Koleksi ini meliputi semua bidang perkara dan sesuai untuk pengetahuan kanak-kanak.
- Antara koleksinya ialah buku rujukan UPSR, kamus dan ensiklopedia.
- Koleksi awalannya adalah ‘RK’ dan tidak boleh dipinjam, hanya untuk rujukan sahaja.
Koleksi Majalah
Koleksi Majalah
- Menyediakan majalah tempatan dan akhbar pendidikan.
- Antara majalah yang disediakan adalah Asuh, Kuntum, Anis, Dewan Pelajar, Kawan, e-baca, knowledge dan lain-lain.
- Majalah ini hanya untuk rujukan sahaja.
Koleksi Permainan Dalaman
Koleksi Permainan Dalaman ( Indoor Games )
- Menyediakan pelbagai permainan yang boleh membentuk kreativiti minda.
- Antara permainan yang disediakan ialah catur, sahibba, dam haji, congkak, monopoli, saidina dan lain-lain.
- Setiap pengguna yang ingin meminjam permainan ini, bolehlah memintanya daripada petugas di kaunter kanak-kanak.
Sudut Siber
Children Cyber Corner (3C)
- Perkhidmatan ini menyediakan perkhidmatan Internet dan ‘Course Ware’ berbentuk pendidikan dan pembelanjaran secara interaktif,
- Perkhidmatan Intenet di Children Cyber Corner (3C) adalah berbayar dan disediakan untuk ahli perpustakaan sahaja
- Setiap Pengguna dikenakan caj RM 1.00 bagi setiap jam untuk menggunakan komputer
- Selain itu, terdapat beberapa ‘course ware’ di perkhidmatan ini, antaranya:
- Cerita pendidikan moral kanak-kanak
- Kiddie songs Do Re Mi
- Kisah Gajah
- ABC, colour, and shape
Bilik Aktiviti
Bilik Aktiviti Kanak-Kanak
- Mengadakan aktiviti untuk kanak-kanak berusia antara 5-12 tahun pada setiap hari Sabtu.
- Aktiviti adalah seperti kuiz, sesi mewarna, uji minda, bercerita, pertunjukan boneka, tayangan video, sudut sastera dan sebagainya.
- Kalendar Aktiviti Kanak-Kanak diedarkan di Kaunter Pendaftaran dan Kaunter Sirkulasi dari masa ke semasa.