
Perpustakaan Desa Kuala Menjing, Hulu Terengganu telah dijemput untuk menyertai Program Sihat Bersama Komuniti anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu. Program ini telah berlangsung pada 21 September 2013 yang lalu. Pelbagai program menarik turut disediakan antaranya Melukis Bersama Keluarga, Meniup Belon dan Anugerah Peminjam Buku Bertuah bagi bulan September. Program perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato' Haji Wan Mohd bin Wan Ibrahim, Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

