
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak 1434 Hijrah, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan satu ceramah bertajuk Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan pada 24 Julai 2013 yang lalu. Ceramah berkenaan telah disampaikan oleh Puan Norhazwani binti Abdul Razak, Pegawai Sains Pemakanan dari Klinik Kesihatan Daerah Hulu Terengganu. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan perpustakaan dan wakil jabatan telah turut serta menyertai ceramah berkenaan.

