Pesta Pantai Terengganu telah diadakan selama empat hari bermula 27 – 30 Jun 2013 yang lalu bertempat di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir. Pesta ini dikelolakan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu. PPAT turut menyertai dengan membuka booth untuk mempromosikan perkhidmatan Pendaftaran Keahlian. Di samping itu juga diadakan aktiviti sampingan bagi pengunjung yang berada di booth PPAT. Aktiviti yang diadakan ialah Peraduan Teka Muka Surat Buku dan kuiz PPAT. Pelbagai agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, BOMBA, Agensi Anti Dadah , KEMAS dan juga usahawan IKS turut mengambil bahagian. Selain daripada itu juga aktiviti seperti kebudayaan, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan dan masakan, pertandingan hiasan arnab tercantik dan juga pertandingan hiasan pondok/bangsal tercantik turut diadakan.
Berita & Peristiwa
-
Merdeka Fun Walk PAD Dungun Disambut Meriah
Sabtu, 23 Ogos 2025 - Perpustakaan Awam Daerah Dungun dengan kerjasama JPKK Tembesu Akar, JPKK Alur Tembesu, JPKK Sura Gate…
-
KEPUTRA Rangkul Naib Johan
Kota Kinabalu, 9 Ogos 2025 - Seramai tujuh orang kakitangan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah terlibat dalam Pameran dan Pertandingan…
-
The Avenue Pop-up Fest : Edisi Secangkir Cerita
31 Julai 2025 | Khamis — Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah dijemput bersama-sama menyertai program 'The Avenue Pop-up Fest:…