Tanggal 15 April 2013, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan kepada 42 orang Pengawas Pusat Sumber dan 9 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu.
Setelah selesai program berkenaan diadakan pula satu majlis ringkas iaitu Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang disempurnakan oleh Cik Khomzah Sheik Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi mewakili Pengarah PPAT.