Pada 18-19 Mac 2013, Perpustakaan Awam Daerah Besut telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan dan Penjilidan Bahan yang bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Besut. Kursus ini melibatkan seramai 40 orang murid bersama 4 orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin, Besut. Antara pengisian pembelajaran yang diajar sepanjang kursus ini ialah memberi pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu kepustakawanan dan proses penjilidan bahan-bahan perpustakaan.