Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) melancarkan program "Jom menjadi e-wira dengan kereta elektrik Mitsubishi" ianya telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Encik Tetsuya Oda bersama-sama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) Puan Hajah Nor Akmal Abdul Fatah dan Encik Kamaruddin Kassim Pengarah Petrosains, di perkarangan PPAT pada 6 April 2013. Selain mempromosikan kenderaan elektrik yang direka khas, ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada golongan muda terutama kanak-kanak kearah mewujudkan bumi yang lebih hijau dan mesra alam.