Perpustakaan Desa Kampung Gertak Seratus dengan kerjasama JKKK serta agensi-agensi kerajaan lain termasuk AADK, KEMAS, RELA, PDRM dan Jabatan Perpaduan telah mengadakan pameran serta pelbagai aktiviti yang bersesuaian bersempena dengan perasmian bangunan baharu AADK yang berkonsepkan Caring Community House (CCH) pada 26 Februari 2013. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah AADK Malaysia iaitu Puan Sri Dato' Hajah Zuraidah Binti Haji Mohamed dan turut hadir bersama ialah Y.B. Nawi Bin Mohamed iaitu ADUN Hulu Besut. Seramai 400 orang pengunjung telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.