Kursus pengurusan perpustakaan telah diadakan di Perpustakaan Awam Besut bertarikh 20 Februari 2013, melibatkan seramai 40 orang pengawas perpustakaan Sekolah Menengah Tengku Mahmud 2. Kursus yang diadakan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pengawas perpustakaan akan jenis perpustakaan dan peranan mereka dalam melahirkan para pelajar cemerlang di peringkat sekolah.