Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan Kejasama Kelab Belia Eksplorasi Kuala Terengganu telah mengadakan Bengkel Asas Seni Visual kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah di sekitar Kuala Terengganu. Bengkel tersebut telah diadakan pada 19 Januari 2013 mulai jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang di ruang Lobi Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan dikendalikan oleh Dr Abdullah Sani dari Ganu D'Art Galery telah menarik peserta seramai 150 orang untuk menyertainya.