
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Perpustakaan Desa Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu telah menganjurkan program Riang Ria Di Pustaka pada 24 Disember 2013.Program ini telah melibatkan tiga acara iaitu 'Score Goal', Junjung Buku dan Minda Kreatif. Seramai 18 orang peserta telah terlibat menjayakan program ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Ruzuki bin Mat Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Felda Bukit Bading.

