
Bagi meningkatkan kemahiran dalam kerja-kerja pembaikian buku-buku rosak, Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah mengadakan Bengkel Pembaikian Ringan Buku-Buku Rosak pada 20 November 2013. Seramai 45 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada kakitangan PAD Kemaman, PAD Dungun dan PAP Kerteh serta Petugas Perpustakaan Desa PPAT dan Perpustakaan Desa PNM Daerah Kemaman dan Daerah Dungun. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Puan Zawiyah Ibrahim dari Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat, PPAT.

