Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dan Perpustakaan Desa Nasi Dingin, Hulu Terengganu telah menganjurkan Pertandingan Kursus Tahsin Al-Quran pada 7 November 2013 yang lalu. Seramai 57 orang peserta telah terlibat di dalam program ini yang dibahagikan kepada tiga pertandingan iaitu Pertandingan Azan (20 peserta),Pertandingan Hafazan (22 peserta) dan Pertandingan Tilawah Al-Quran (15 peserta). Majlis penutupan pertandingan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri Terengganu.