
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai (SMC), telah mengadakan satu siri Kursus Pengurusan Pusat Sumber pada 4 November 2013. Seramai 65 orang Pengawas Perpustakaan termasuk 5 orang guru pengiring telah menyertai kursus ini. Diantara kandungan modul kursus ini ialah pengenalan perpustakaan, kaedah mengkatalog dan mengelas bahan perpustakaan dan teknik memproses bahan perpustakaan. Diakhir sesi kursus, peserta di beri ujian pemarkahan bagi pelantikan pengawas Perpustakaan Pusat Sumber SMC pada tahun 2014.

