Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menganjurkan satu taklimat iaitu persediaan asas mengadapi banjir pada 29 Oktober 2013. Selain itu, peserta di dedahkan dengan pelbagai teknik membantu dan menyelamat bencana yang telah dilakukan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kemaman. Peserta terdiri dari warga Perpustakaan Desa termasuk Warga PNM dan Pekan Kerteh. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Jeffri bin Ibrahim, Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kemaman.