Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Daerah Kemaman telah menyertai satu program Kempen Galakan Membaca yang dianjurkan oleh Pertubuhan PERKESO Negeri Terengganu bertempat di Wisma PERKESO pada 2 Oktober 2013. Diantara aktiviti bersempena dengan program tersebut ialah Pameran Perpustakaan Bergerak Kemaman (PB5), Pendaftaran Keahlian melalui Sistem Virtua dan Pinjaman buku kepada pengunjung program.