
Perpustakaan Bergerak Daerah Kemaman telah menyertai program ‘Kem Membaca 1Malaysia’ bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok (II) pada 29 Oktober 2013. Diantara aktiviti bersempena dengan program tersebut ialah Pameran Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak, Mari Membaca dan Pendaftaran Keahlian Perpustakaan Awam Daerah Kemaman. ‘Kem Membaca 1Malaysia’ ini telah dirasmikan oleh Encik Mokhtar bin Sulong merangkap Guru Besar Sekolah kebangsaan Bukit Mentok (II).

