
Pertandingan akhir bagi Majlis Ahli Parlimen bersama masyarakat sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Setiu pada 6 November 2012. Program ini merupakan anjuran Majlis Daerah Setiu selaku jawatankuasa induk bersama Perpustakaan Awam Daerah Setiu dan Pejabat Pelajaran Daerah Setiu. Antara pertandingan yang dijalankan adalah pertandingan melukis dan mewarna poster, pertandingan 'puzzle' dan pertandingan mewarna. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Rosli bin Jusoh iaitu Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Setiu yang mewakili Y.B. Dato' Mohd Jidin bin Shafee (Ahli Parlimen Setiu).

