
Perpustakaan Awam Daerah Setiu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Setiu dan Majlis Daerah Setiu sebagai jawatankuasa induk telah mengadakan beberapa pertandingan bagi meraikan bulan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan pada 30 Oktober yang lalu. Antara pertandingan yang dijalankan bagi kategori pra dan tadika sekolah adalah pertandingan mewarna logo bulan bahasa kebangsaan dan pertandingan 'puzzle'. Manakala bagi kategori sekolah menengah pula adalah pertandingan melukis dan mewarna poster. Pertandingan yang dijalankan pada hari berkenaan merupakan peringkat saringan dan acara kemuncak adalah pada 6 November 2012.

