
Sempena Menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan, Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah mengadakan Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Cepat Mengeja pada 24.10.2012 ( Rabu). Seramai 55 orang kanak-kanak pra sekolah dan tadika telah menyertai aktiviti tersebut dan turut diserikan dengan Persembahan Chicken Dance dari Tadika Pintar Jaya dan Sesi Bercerita.

