
Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini, Perpustakaan Awam Daerah Dungun dengan kerjasama kakitangan Perpustakaan Desa (PNM) Zon 10 telah menganjurkan Program Semarak Bahasa pada 24 Oktober 2012. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Pertandingan Mewarna, Gali Kata, Susun Perkataan, Teka Silangkata dan Kuiz Bahasa 'Dam Gergasi'. Program ini telah disertai oleh 100 orang pelajar terdiri daripada kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Daerah Dungun.

