
Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran. Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun, Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah mengadakan satu sesi Jom Berpantun. Ia bertujuan bagi menghidupkan lagi budaya berpantun di kalangan masyarakat sekarang.

