Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan usahasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan Karnival Semarak Jawi Kebangsaan 2012 pada 18-20 Oktober 2012 (Khamis – Sabtu) di Pusat Dagangan Terengganu (Terengganu Trade Centre), Terengganu. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival ini berlangsung antaranya ialah Pertandingan Mewarna Jawi, Pertandingan Membaca Naskhah Jawi Lama, Pertandingan Khat Jawi, Cinta Jawi Bersama Ustaz Syed Tuan Mohd Norhisham Tuan Padang dan lain-lain. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah PNM, Dato’ Raslin Abu Bakar dan turut dihadiri oleh Pengarah Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan, Haji Wan Mohd Zaki Wan Abdullah, Pengarah Radio Jabatan Penyiaran Malaysia, Haji Mohamad Mat Yasin dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Hajah Nor Akmal Abdul Fatah. Karnival ini berkonsepkan informasi dan santai dengan harapan menjadi satu titik anjakan terutamanya kepada golongan muda untuk memartabatkan kembali tulisan jawi sebagai warisan tamadun bangsa Melayu.
Berita & Peristiwa
-
Kunjungan Hormat PPAT Ke Atas Ketua Pengarah PNM
KUALA TERENGGANU: Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), YBRs.…
-
PPAT Meriahkan Pahang Book Run 2025
KUANTAN: Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) bersama Kelab Sukan PERPAT telah menyertai Pahang Book Run 2025 yang berlangsung di Perbadanan…
-
Bengkel Pelan Strategik PPAT 2026-2030
AYER KEROH: Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik PPAT 2026-2030 di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh,…