
Pada 20 Oktober 2012 (Sabtu) Perpustakaan Awam Daerah Kemaman sekali lagi mengadakan sesi bercerita untuk kanak-kanak yang dikendalikan oleh Barbara Ann Sunny Kutti (guru sukarela dari program penutur jati kelolaan JPM). Seramai 42 orang kanak-kanak berumur 5-11 tahun telah menyertai sesi bercerita tersebut. Cerita disampaikan dalam bahasa Inggeris berpandukan koleksi buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan.

