
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan Karnival Sambutan Hari Malaysia Tahun 2012 pada 13 Oktober 2012 (Sabtu) jam 9.00 pagi - 4.30 petang bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Kemaman. Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan karnival ini diantaranya pertandingan Mewarna Kanak-kanak Pra sekolah dan Tahap 1 , pertandingan bercerita kanak-kanak Tahap II, pertandingan Menyusun Jigsaw Puzzle dan Dam Ular Gergasi untuk pelajar Berpendidikan Khas , pertandingan meneka mukasurat buku, pertandingan peminjam buku terbanyak, pameran agensi kerajaan/swasta, pemeriksaan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, jualan makanan segera A&W , jualan pakaian dan pelbagai gerai jualan lain pada hari tersebut. Jumlah pengunjung yang dicatatkan adalah seramai 2815 orang (kanak-kanak 1369 orang dan dewasa 1446 orang). Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Seri Haji Wan Mokhtar, Adun Air Putih, Kemaman.

