
Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan program Minggu ke Perpustakaan dan Bescomm pada 13 Oktober 2012 (Sabtu). Di antara aktiviti program yang dijalankan adalah seperti Pameran Perpustakaan, Pertandingan Dam Ular Gergasi, Congkak, Kuiz Perpustakaan, Teka Muka Surat Buku, Menaip Laju, Mencari Resipi dan Tiup Belon. Penyampaian hadiah kepada peminjam buku terbanyak dewasa dan kanak-kanak turut diadakan. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Abdul Hadi bin Mamat Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

