
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan sesi 'Story Telling' untuk kanak-kanak berumur 5-10 tahun pada 6 Oktober 2012 (Sabtu) bertempat di Bilik Aktiviti Kanak-kanak Sudut Pak Belang, Perpustakaan Awam Daerah Kemaman. Sesi ini telah dikendalikan oleh seorang guru sukarela, Barbara Ann Sunny Kurti iaitu guru di bawah Program Penutur Jati daripada Jabatan Pelajaran Malaysia. Cerita yang disampaikan kepada kanak-kanak dipilih daripada buku-buku yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan.

