
Satu demontrasi masakan bersama chef Hanieliza telah diadakan di Perpustakaan Desa Kemasik pada 6 Oktober 2012 ( Sabtu). Aktiviti ini diadakan adalah sempena pembukaan semula PD Kemasik setelah hampir 3 bulan ditutup perkhidmatan kepada orangramai kerana pembaikian bangunan di samping menggalakkan penduduk setempat mengunjungi perpustakaan. Tiga resipi telah ditunjukkan oleh chef Hanieliza iaitu Ayam Panggang Lemon, Salad Kentang dan Puding Pelangi dan program ini telah disertai 20 peserta terdiri daripada pengguna dewasa.

