Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah dipertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri sebagai urusetia Jawatankuasa Kecil Acara-acara sambutan dan Seranta Bulan Kemerdekaan ke 55 tahun 2012 bagi mengadakan pelbagai aktiviti . Antara-antara aktiviti yang dianjurkan ialah Karnival Kemerdekaan sempena Bulan Kemerdekaan yang diadakan di perkarangan Perpustakaan Awam Negeri dengan penyertaan dari agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan antaranya Mini Studio Terengganu FM, Jabatan Penerangan Negeri,Muzium Negeri , Jabatan Pelajaran Negeri, Yayasan Islam Terengganu dan beberapa agensi lain. Karnival yang berlangsung mulai 13 hingga 15 September 2012 telah diserikan lagi dengan 10 pertandingan antaranya ialah Kuiz Merdeka Raya, Pertandingan Dam Ular Gergasi , Melukis Poster 1Malaysia, menulis esei , lagu patriotik, Klip Video Semarak Kemerdekaan dan sebagainya. Karnival berakhir pada 15 September dengan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang yang disempurnakan oleh Puan Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah ,Pengarah PPAT yang mewakili Yang Berhormat Haji Ashaari bin Idris Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Acara-acara Sambutan dan Seranta Bulan Kemerdekaan ke 55.
Berita & Peristiwa
-
Eksplorasi Digital @ PPAT Meriahkan Pesta Buku SMO Bookstores di KTCC Mall
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) tampil dengan reruai Eksplorasi Digital @PPAT sempena Pesta Buku SMO Bookstores yang berlangsung di KTCC…
-
Majlis Suai Kenal dan Lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam Kakitangan Baharu PPAT
Kuala Terengganu, 1 September 2025 - Majlis Suai Kenal bersama kakitangan baharu telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat PPAT pada…
-
Rubik Cube Open Terengganu 2025 Sengit
Sebagai usaha memperkasa pembudayaan ilmu dalam kalangan generasi muda, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) melalui Bahagian Rangkaian Perpustakaan, PPAT…