
Pada 13 September 2012 telah diadakan Majlis Raya Aidilfitri di PAD Besut. Majlis ini bertambah meriah dengan kehadiran Y.B. Tuan Haji Pehimi b. Yusof (ADUN Kota Putera), Ketua Bahagian Rangkaian Perpustakaan serta agensi-agensi lain. Pelbagai juadah dapat dihidangkan dan dinikmati bersama-sama pada majlis tersebut. Majlis sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga kerja PAD Besut dengan agensi-agensi lain terutama agensi kerajaan.

