
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1433H pada 6 September 2012. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu YB Haji Wan Abdul Hakim b Tan Sri Haji Wan Mokhtar, ADUN Air Putih, Kemaman, Pengarah PPAT, Pn. Hajah Nor Akmal bt Abdul Fatah, Ketua Bahagian Pengurusan Dan Pembinaan Koleksi dan Ketua Unit Perolehan PPAT , Pegawai dan kakitangan jabatan sekitar daerah Kemaman serta kakitangan Perpustakaan desa (negeri dan PNM). Semoga ikatan persaudaraan serta hubungan silaturrahim dapat dipanjangkan dan berkekalan dengan adanya majlis seperti ini.

